Seorang remaja dipindahkan dari ambulans untuk diangkat ke kediamannya di tingkat 4 sebuah apartment di Bukit Beruntung, Selangor. Foto: Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR – Sepasukan anggota bomba dipanggil bagi memindahkan seorang remaja lelaki dengan berat kira-kira 110 kilogram dari ambulans ke kediamannya yang terletak di tingkat empat sebuah apartment di Bukit Beruntung, Selangor semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa telah ke lokasi pada jam 7.41 malam selepas pihaknya menerima panggilan meminta bantuan daripada orang awam kira-kira 10 minit sebelum itu

“Pemerhatian di lokasi mendapati mangsa remaja lelaki telah menjalani rawatan obesiti kerana baharu berusia 13 tahun dan menghidapi penyakit kencing manis serta darah tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Foto: Bomba Selangor

Tambah beliau, remaja itu yang dibawa pulang ke rumahnya dengan menggunakan ambulans dipindahkan dari stretcher ke bag kanvas sebelum diangkat kediamannya.

“Kerja-kerja mengangkat mangsa sehingga selamat di hantar ke dalam rumahnya telah mengambil masa antara 15 ke 20 minit,” jelasnya. – MalaysiaGazette