Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan pengambilan untung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$109.7 bilion pada 30 November 2022.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding AS$107.5 bilion pada 15 November lalu.

Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette