KUALA LUMPUR – Pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) akan diperluaskan ke fasiliti lain sekiranya berjaya.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata demikian sebagai maklum balas atas kekeliruan mengenai kenyataannya yang menyentuh pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat KKM.
“Saya ingin perjelaskan bahawa inisiatif yang hendak dimulakan di Ibu Pejabat KKM adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklumbalas segera.
“Sekiranya berjaya, saya lihat ia boleh diperluaskan ke fasiliti-fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam,” ciapnya dalam Twitter malam ini.
Sebelum itu, beliau dikritik ramai pihak ekoran pemberian tuala wanita percuma di KKM sedangkan yang memerlukannya bagi mengatasi kemiskinan haid adalah mereka yang berpendapatan rendah.
Bagaimanapun Dr. Zaliha menerima secara terbuka pandangan mengenai perkara itu.
“Inisiatif ini mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid, apatah lagi ianya sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita,” ujarnya.- MalaysiaGazette
Isu tuala wanita bukanlah isu kritikal buat masa ini berbanding dengan isu kos ubat2an dan perkara2 yang berkaitan dengan sokongan kesihatan yg melambung tinggi. Harap menteri tahu bagaimana untuk proritise isu dan permasalahan rakyat.