Puteri Bajrakitiyabha. foto The Sydney Herald Tribune

BANGKOK – Anak perempuan sulung Raja Thailand rebah akibat sakit jantung pada petang Rabu, kata Istana Thailand.

Puteri Bajrakitiyabha, anak perempuan sulung Raja Vajiralongkorn, rebah ketika melatih anjingnya di timur laut Bangkok.

Beliau yang berusia 44 tahun itu dibawa ke hospital berdekatan, kemudian diterbangkan dengan helikopter ke Bangkok.

Pihak istana menyifatkan keadaannya malam tadi sebagai “stabil pada tahap tertentu”.

Beberapa laporan pula mendakwa keadaannya serius.

Bajrakitiyabha adalah puteri sulung Raja Thailand kepada isteri pertama Puteri Soamsawali.

Dia telah menjadi sebahagian daripada kalangan individu kepercayaan ayahnya sejak dia menggantikan Raja Bhumibol pada 2016, dan telah dilantik sebagai pegawai kanan dalam pengawal peribadi raja.

Malah, Bajrakitiyabha adalah individu yang paling berjaya dalam kalangan diraja, dengan memiliki ijazah sarjana dalam undang-undang dari dua universiti di Amerika Syarikat.

Raja Vajiralongkorn belum lagi menamakan pewaris takhta, tetapi Puteri Bajrakitiyabha dilihat sebagai pengganti yang paling sesuai. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast