KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan polis dipercayai membawa mangsa yang terkorban akibat tragedi tanah runtuh di tapak perkemahan berhampiran ‘Father Organic Farm’, Batang Kali tiba di Unit Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) lebih kurang 12.20 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan kawasan berkenaan 10 minit kemudian.

Menurut jurucakap HKL, pihaknya menerima arahan daripada polis supaya  supaya mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, setakat ini seramai 13 mangsa terkorban akibat kejadian tanah runtuh awal pagi tadi.

Katanya, kesemua mangsa akan dihantar ke HKL dan sebahagiannya lagi ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 11 pagi tadi seramai 53 mangsa tanah runtuh telah diselamatkan keluar dari kawasan kejadian. -MalaysiaGazette