KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah sehingga jam 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi berkata, kawasan terlibat di Kedah ialah di (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).

Manakala di Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) dan Sabah di Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

Amanran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Menurutnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast