Keadaan AquaDom yang pecah hingga menyebabkan ikan-ikan di dalamnya mati. foto Twitter

BERLIN – Sebuah akuarium gergasi yang mengandungi sejuta liter air di lobi Hotel Radisson Blu di sini pecah menyebabkan hotel dan jalan-jalan berhampiran dibanjiri air.

“AquaDom” – akuarium kepada 1,500 ikan – berketinggian 15.85m (52 kaki) adalah akuarium silinder terbesar di dunia.

Dua orang cedera akibat kaca terjatuh selepas letupan itu.

Polis berkata, terdapat kerosakan yang “luar biasa”.

Video tukar menunjukkan tangki kosong dengan air mencurah ke lobi hotel menyebabkan para tetamu telah dipindahkan keluar dari hotel berikutan kejadian pada 5.50 pagi.

Jurucakap bomba Berlin memberitahu BBC bahawa sebahagian besar ikan telah mati, manakala cuaca sejuk menyukarkan usaha menyelamat.

Tangki itu mengandungi lebih daripada 100 spesies ikan berbeza.

Bagaimanapun, pegawai bomba James Klein kemudian memaklumkan “beberapa dozen” ikan telah ditemui hidup di tempat-tempat sisa air terkumpul.

Ikan-ikan itu sedang ditempatkan semula di akuarium lain.

Media lain pula melaporkan usaha sedang dilakukan bagi menyelamatkan 400-500 lagi ikan dalam tangki yang lebih kecil di bawah lobi hotel yang telah kekurangan oksigen akibat kejadian itu.

Di luar Radisson Blu, timbunan serpihan kaca bersepai di hadapan pintu hadapan.

Pasukan bomba Berlin berkata, lebih 100 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian.

Punca akuarium itu pecah belum diketahui.

Meskipun begitu, terdapat spekulasi bahawa suhu beku serendah -6C semalaman mungkin menyebabkan keretakan pada tangki.
raya”. Perkhidmatan trem di kawasan itu juga dihentikan.

AquaDom dibuka pada Disember 2003 dan telah diberi Rekod Dunia Guinness sebagai akuarium silinder terbesar di dunia.

Menurut laporan, kos pembinaan akuarium itu menelan belanja kira-kira 12.8 juta pound. – Agensi