KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi mendakwa namanya digunakan untuk mempromosikan produk stokin.

Menerusi Instagram, beliau berkata, gambar yang terbesar memaparkannya memegang produk berkenaan adalah palsu.

“Penipuan!!! Korang jangan tertipu dengan hantu stokin ni!” tulis beliau.

Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil pada masa yang sama memaparkan gambar tulen sebelum disunting untuk tujuan promosi stokin tersebut.

Beliau turut menasihati pengguna supaya berhati-hati dengan teknik penipuan yang menggunakan nama selebriti sepertinya.

Katanya, penipuan promosi produk yang menggunakan gambarnya sudah beberapa kali berulang. – MalaysiaGazette