Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Mayat pekerja kedai makan yang  maut selepas kejadian letupan dari bungkusan misteri di atas bonet keretanya malam tadi akan dibedah siasat hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, proses ke atas mayat mangsa berusia 28 tahun itu akan dijalankan pada pukul 2.30 petang di Hospital Ampang.

“Mayat kini berada di Hospital Ampang sejak selepas insiden letupan itu berlaku malam tadi. Proses bedah siasat akan dilaksanakan oleh pasukan forensik untuk mengetahui punca kematian mangsa,” katanya hari ini.

BACA: Pelayan kedai makan maut selepas buka bungkusan misteri

Kata Mohamad Farouk , polis masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti motif kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Dalam kejadian pukul 8.55 malam tadi, polis telah menerima panggilan dari awam yang memaklumkan mengenai kejadian yang berlaku di hadapan sebuah kedai makan di Pandan Indah.

Menurutnya, mangsa letupan dikenalpasti sebagai seorang lelaki warga tempatan yang berumur 28 tahun bekerja sebagai pelayan kedai makan.

“Siasatan yang dijalankan oleh polis dilokasi kejadian itu mendapati mangsa terjumpa satu bungkusan yang meragukan yang telah ditinggalkan di atas bonet kereta milik mangsa jenis Toyota Corolla Altis.

“Apabila mangsa memegang bungkusan meragukan itu untuk memeriksa barang yang ada di dalam bungkusan itu, tiba-tiba letupan berlaku dari bungkusan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, letupan bungkusan itu telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan. – MalaysiaGazette