ohd. Jafni Md Shukor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 19 kes penipuan membabitkan penyamaran ejen perumahan yang menjanjikan pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan kerugian sebanyak RM122,000 dikesan di Johor pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, seorang lelaki berusia 55 tahun yang menyamar sebagai ejen perumahan  telah memperdayakan mangsa dengan mengenakan bayaran deposit RM500 hingga RM5,000.

“Saya difahamkan kes  tersebut berlaku sejak Julai tahun lalu dan aduan itu telah kami terima dari seorang mangsa pada mulanya yang datang ke pejabat Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ)

“Selepas itu pada bulan berikutnya terdapat lagi tiga mangsa lain membuat aduan di pejabat mengenai isu sama iaitu menjanjikan RMMJ dengan sejumlah bayaran,” katanya selepas merasmikan Program Jom Turun @ PPR di PPR Sri Stulang dan PPR Sri Iskandar, di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil semakan mendapati nama lelaki berkenaan tiada dalam sistem ejen perumahan.

Tambah Mohd Jafni, beliau telah dimaklumkan lelaki itu telah dituduh di Mahkamah Johor Bahru pada bulan lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan pemohon RMMJ dan PPR.

Difahamkan tertuduh menggunakan beberapa ejen di bawahnya dan akan bertemu dengan mangsa menerusi kenalan terdekat sebelum tawaran. – MalaysiaGazette