Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil tekad untuk meneruskan perjuangan memulihkan sokongan orang ramai kepada parti keramat itu.

Beliau yang dilantik ke jawatan itu pada 20 November lalu turut mengakui tanggungjawabnya semakin berat dan mencabar.

Namun, katanya, beliau percaya berbekalkan kesungguhan dan pengalaman yang ada, diharapkan segala usahanya dipermudahkan Allah.

“Berbekalkan kesungguhan yang saya miliki, saya percaya tanggungjawab ini akan dipermudahkan bagi meneruskan perjuangan memulihkan kembali sokongan kepada parti ini.

“Terima kasih kepada rakan di luar sana atas nasihat dan cadangan bagaimana hendak pulihkan UMNO.

“Saya amat faham dan tahu, bukan mudah tanggungjawab yang saya galas ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut Isham, beliau percaya perkara yang baik itu memang susah untuk dibuat, tetapi kalau ikhlas, istiqomah dan berusaha, insya-Allah, Allah akan bantu.

Beliau juga berharap akan buat yang terbaik demi UMNO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast