KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat beg tangan atau jam tangan berjenama kerana mereka kini boleh membeli aksesori mewah itu dengan pembayaran ansuran oleh Sellection.com – Branded Fashion Outlet iatu platform beli belah dalam talian pilihan utama dan dipercayai ramai di Malaysia.
Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Sellection Sdn. Bhd., Nor Rafidah Khairuddin berkata, pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga hingga enam kali buat semua pelanggan diperkenalkan sempena Boxing Day Sellection yang berakhir hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menawarkan pelbagai koleksi tas tangan berjenama daripada Coach, Michael Kors, Kate Spade, Fossil dan pelbagai lagi.
“Kempen kali ini menawarkan pelbagai koleksi daripada Coach, Michael Kors, Kate Spade, Fossil, Tory Burch, Tumi, dan Marc Jacobs. Sekarang semua berpeluang untuk memakai tas tangan berjenama dengan harga promosi yang terbaik dan bayaran ansuran tiga hingga enam kali pun disediakan.
“Untuk #SistersdiMalaysia (pelanggan Sellection) saya pelawa untuk beli-belah tas tangan berjenama dari Amerika Syarikat yang diperakui kualitinya sempena musim sejuk ini.
“Kempen Boxing Day Sellection ini sudah bermula sejak 23 Disember lalu hingga hari ini dan barang yang dipesan dijangka tiba pada 20 Januari,” katanya.
Beliau berkata demikian di New York, Amerika Syarikat apabila aktif membuat sesi siaran langsung di media sosial untuk berkongsi pengalaman ‘winter shopping’ bersama pelanggannya.
Menurut Nor Rafidah, Sellection menawarkan hanya koleksi asli dan baharu dari luar negara.
“Sellection telah membantu ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama yang eksklusif pada harga mampu milik dan pastinya menaikkan keyakinan dan personaliti peribadi. Kini tidak lagi hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.
“Membeli barangan berjenama ini adalah kerana kualiti dan ketahanan material. Selain dapat meningkat keyakinan diri, boleh menjadikan tas tangan sebagai self reward,” katanya.
Semua pembelian melalui tempahan awal (Pre Order) boleh terus dilakukan di laman sesawang www.sellection.com atau boleh ke Butik Sellection juga terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju dan boleh dikunjungi secara ‘walk in’.
Sementara itu, bermula menggunakan medium Facebook Page – Branded Handbags by Rafidah untuk mengetengahkan perniagaan itu pada 2014, Nor Rafidah yang bermula sebagai ‘Personal Shopper’ yang menetap di Montreal, Kanada kemudiannya pulang ke Malaysia membuka butik fizikal di Kuala Lumpur pada 2018 lalu menubuhkan jenama Sellection. – MalaysiaGazette