Asri Hamidon

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Seri Asri Hamidin melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa semalam.

Peletakan jawatan Asri dimaklumkan kepada Bursa Malaysia.

Asri dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas TNB oleh MoF Inc. pada 1 Julai 2020

“Lembaga Pengarah TNB menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Asri bin Hamidin @ Hamidon di atas sumbangannya kepada syarikat ini,” katanya.

Asri, sebelum ini ‘dicutikan’ sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharan selepas tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Perdana Menteri yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan pada 6 Disember lalu. – MalaysiaGazette