Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran bersama timbalannya, Datuk Seri Saravanan (tiga kanan) dan Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan (tiga kiri) serta barisan kepimpinan tertinggi bergambar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tergempar MIC mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat MIC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2022.

MIC harus melakukan sesuatu supaya mempunyai reputasi yang seiring dengan perubahan iklim politik dengan  mengambil kira soal persekitaraan politik semasa.

Jasa MIC kepada masyarakat India sebelum ini tidak boleh dinafikan yang mana wadah perjuangannya perlu dikembalikan semula dalam tampuk pentadbiran kerajaan.

MIC perlu lebih fokus kepada perjuangan membela dan menabur bakti kepada masyarakat India yang mana bukanlah sebuah parti eksklusif, sebaliknya bersandarkan kepada politik bersifat inklusif yang mamayungi masyarakat India.

Pada PRU ke-15 MIC bertanding di sembilan kawasan Parlimen namun hanya memenangi satu kerusi sahaja.

Semoga  MIC diberi ketabahan serta kekuatan menghadapi dugaan bagi bangkit dan tidak gentar bergerak ke hadapan.

MIC merupakan parti yang lengkap strukturnya dengan pelbagai aktiviti sentiasa dilaksanakan membuktikan ia bukan parti bermusim.

Sebagai contoh, MIC menerusi Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) masih terus membiayai pengajian pelajar India yang memerlukan dalam bentuk pinjaman serta biasiswa.

Sehingga kini, MIED telah menawarkan biasiswa dan pinjaman kepada lebih 15 000 pelajar dalam jurusan perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan jurusan lain.

Kita tidak nampak parti-parti lain yang mewakili dikatakan mewakili kaum India memberi biasiswa kepada pelajar India yang memerlukan.

Penubuhan parti politik di negara kita bermula pada 1940 apabila kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union.

Penubuhan UMNO, MCA dan MIC adalah untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Perpaduan kaum mula dibentuk apabila parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC dalam usaha membentuk kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan.

Jaringan perkhidmatan MIC kepada rakyat perlu meluas dan bukan hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja. Rata-rata ramai juga yang berpendapat MIC bijak merancang, urus perubahan politik.

M Vivekananthan

M Vivekananthan, Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan

1 Komen

  1. Kalau dah berapakali pilihsnraya tsk mampu tarik perhatian ksum india perlu faham faham ajelah. Bubar saja parti MIC ni. Beri ruang pada Makkal Sakthi pula MIC ni perasan bagus tapi hampas.

Comments are closed.