KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin berpandangan kerajaan baharu perlu diberi peluang menjalankan tugas susukan negara pada ketika ini memerlukan kestabilan politik.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, prestasi kerajaan perlu dilihat pada jangka masa panjang dan tidak bagus sekiranya pertukaran pimpinan dilakukan terlalu cepat.
“Pendapat saya negara kita memerlukan kestabilan politik, jadi buat masa ini kita kena bagi peluang kepada kerajaan baru untuk menjalankan tugas.
“Sebab saya rasa tidak bagus kalau kita cepat sangat tukar. Sekarang ini kita kena ada kestabilan politik tetapi long term kita kena tengoklah,” katanya menerusi rakaman yang tular.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan bertanding sebagai calon Presiden UMNO yang akan datang, beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan enggan mengulas mengenainya.
Turut ditanya mengenai perancangannya pada masa akan datang, Khairy hanya meminta semua pihak untuk ‘tunggu dan lihat’.
“Perancangan masa depan saya? Kita tunggu dan lihat,” katanya. – MalaysiaGazette