KUALA LUMPUR – Pencetus Ummah (PU) Syed meluahkan rasa kecewa apabila seorang peguam dikenali Asiah Abd Jalil memuji konsep poligami pengarah filem, Syamsul Yusof yang mengikut sunnah Nabi SAW.
Syed menempelak kenyataan milik peguam tersebut dengan mendakwa ia dianggap sebagai penghinaan kepada Nabi SAW.
Beliau atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut meminta jasa baik pihak berkuasa untuk menahan peguam tersebut agar ajaran songsang diberinya itu tidak menyesatkan lebih ramai orang.
“Boleh kamu hina Nabi Muhammad SAW? Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam dan PDRM untuk ambil tindakan,” katanya.
Dalam hantaran dikongsikan oleh peguam berkenaan di laman Facebook miliknya, Asiah mengaitkan perbuatan Syamsul berpoligami sama dengan Nabi SAW.
Katanya, apa yang dilakukan oleh Syamsul mengumumkan perkahwinan keduanya bersama anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar adalah mengikut sunnah.
Sementara itu, bagi mempertahankan kenyataannya, Asiah membalas kritikan PU Syed dengan menasihati pendakwah itu membaca surah At-Tahrim dalam al-Quran dan memahami isi kandungan sebelum menuduhnya menghina Nabi SAW – MalaysiaGazette