KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua dipecat daripada parti itu.
Selain Tian Chua, empat lagi ahli turut dipecat kerana bertanding dalam pilihan raya tanpa persetujuan parti.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Tan Yee Kew memberitahu, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti malam semalam.
“Ya, semalam MPP ada mesyuarat dan kami memutuskan untuk memecatnya secara rasmi,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Pada pilihan raya umum lalu, Tian Chua bertanding kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas.
Empat lagi anggota ialah Puah Chee Haur dari cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali dari cabang Gopeng dan M. Mohganan dari cabang Taiping.
Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding di bawah tiket Warisan di Keranji dan Chenderiang manakala Mohganan bertanding di Taping sebagai calon bebas.
Sementara itu, Nur Khairunisa Abdullah dari cabang Sadong Jaya turut dipecat kerana bertanding di Sadong Jaya semasa pilihan raya Sarawak 2021.- MalaysiaGazette