Seorang anggota polis mengiringi seorang lelaki yang dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk direman,

KUALA LUMPUR – Seorang individu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki menjadi proksi kepada pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) dalam mendapatkan projek daripada sebuah syarikat GLC berjumlah lebih RM1 juta.

Perintah reman sehingga 13 Januari depan itu dikeluarkan oleh Majistret Salini A/P Retanam di Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor pada jam kira-kira 11.35 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai pengarah di sebuah syarikat swasta telah menjadi proksi kepada pengarah GLC dalam mendapatkan kontrak-kontrak daripada GLC berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Ibu Pejabat SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast