Khairy Sungai Buloh Zahid
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Tindakan seramai 126 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara meminta agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dianggap sebagai tindakan gila.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau percaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar untuk berhadapan dengan sebarang cabaran bagi jawatan tersebut.

Menurut Khairy Jamaluddin, sebarang usaha untuk tidak membenarkan pertandingan jawatan presiden dan timbalan presidan sebagai menghalang proses demokrasi dalam UMNO.

“Hentikan kegilaan ini, saya rasa presiden seorang fighter yang tidak gentar menghadapi pencabar.

“Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam UMNO,” kata Khairy Jalamuddin di ruang Instastory.

Semalam seramai 140 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Ahmad Zahid tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka Mei nanti.

Mewakili kumpulan itu, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata, ketua-ketua bahagian itu turut bersepakat jawatan timbalan presiden juga tidak dipertandingkan.

Beliau berkata, tumpuan UMNO ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini.

Sebelum itu 126 ketua-ketua bahagian mengadakan pertemuan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, ketika perhimpunan sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. kita dah tahu awal-awal lagi perwakilan ada pm tepi
    macam biasa Rakyat lebih pandai menilai erti kejujuran

Comments are closed.