Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin pada Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 13 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin meminta ahli-ahli supaya menginfakkan sumbangan kepada parti.

Menurutnya,mereka wajar berbuat demikian seperti dilakukan oleh ahli-ahli parti semasa penubuhan awal UMNO dahulu.

Badruddin berkata demikian semasa memulakan ucapan semasa Persidangan Agung UMNO 2022 di sini hari ini.

Katanya, ahli-ahli parti yang mendapat manfaat sehingga menjadi kaya perlu berbuat demikian seperti kisah veteran UMNO yang pernah menginfakkan rantai emas kepada Tunku Abdul Rahman untuk rundingan kemerdekaan di London.

Lagi pun, katanya, amalan bersedekah menjadi pahala kepada umat Islam.

Badruddin juga membaca wasiat perjuangan UMNO dan meminta ahli-ahli parti baharu menghayatinya. – MalaysiaGazette