Anwar Ibrahim. Foto MUHD NA’IM, 04 JANUARI 2023.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Kompleks Seri Perdana hari ini bagi menghadiri sesi permukiman bersama barisan jemaah menteri.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Tambun itu tiba pukul 9.15 pagi.

Beliau sempat melambaikan tangannya kepada petugas-petugas media yang berada di luar pintu masuk bangunan berkenaan.

Difahamkan sesi itu akan membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian.