Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee menunjukan model flat Desa Bakti yang berubah wajah kepada kondominium kepada penduduk setempat.

KUALA LUMPUR – Penduduk pangsapuri Sutera, Taman Desa Bakti, Selayang berharap agar kerajaan dapat mempercepatkan projek pembangunan semula yang dirancang sebelum ini.

Rata-rata penduduk yang telah menghuni lebih 30 tahun di pangsapuri itu mendapati kediaman mereka sudah usang sejal 10 tahun lalu.

Kerajaan melalui pemaju, JL99 Group, bersetuju membangunkan kondominium sederhana mewah berharga antara RM500,000 hingga RM600,000 dengan keluasan antara 900 hingga 1,000 kaki persegi secara percuma. 

Sesi dialog bersama penduduk setempat Desa Bakti dengan JL99 Group berhubung status terkini projek pembangunan itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JL99 Group, Nur Ainaa Che Abdullah berkata, pihaknya bersedia untuk membangunkan pangsapuri Desa Bakti dan dua lagi projek iaitu di Flat Taman Maluri dan flat Sri Endah.

“Sebagai pemaju, hanya selepas kita dapat kelulusan penuh daripada kerajaan, DBKL barulah kita ambil semua langkah-langkah yang sepatutnya bagi projek pembangunan semula ini.

“Semua pemilik rumah ini sudah bersetuju, ada empat sahaja lagi tapi proses itu juga berjalan,” katanya.

Pada tahun lalu, MalaysiaGazette melaporkan tentang kekuatiran penduduk tentengan kelewatan pembangunan semula projek tersebut.

Sehingga hari ini pemilik Flat Sutera masih menunggu janji yang dibuat sudah mendekati dua tahun. – MalaysiaGazette

Penghuni Flat Sutera derita rumah usang, terpaksa tinggal bersama komuniti Rohingya

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast