Lucile Randon atau Sister Andre. foto Twitter

PARIS – Individu tertua di dunia, Lucile Randon meninggal dunia pada usia 118 tahun.

Randon yang juga birawati Perancis, dikenali sebagai Sister Andre apabila dia menjadi biarawati pada 1944, meninggal dunia dalam tidurnya di rumah jagaannya di Toulon, Perancis.

Dilahirkan pada tahun 1904 di selatan Perancis dan sepatutnya menyambut kelahiran ke-119 kurang dalam sebulan lagi.

Andre telah melalui dua perang dunia.

“Hanya Tuhan yang tahu,” katanya ketika ditanya pemberita suatu ketika dulu tentang rahsia umur panjangnya.

Dilahirkan ketika Tour de France, Andre juga menyaksikan seramai 27 ketua negara Perancis.

Jurucakap rumah jagaannya, David Tavella berkata, Andre mempunyai hubungan rapat dengan abang-abangnya.

Malah, wanita itu pernah memberitahu wartawan salah satu kenangan terindahnya apabila abang-abangnya selamat kembali dari pertempuran pada akhir Perang Dunia Pertama.

Walaupun buta dan bergantung pada kerusi roda, Andre turut menjaga orang tua yang lain walaupun mereka jauh lebih muda daripada dirinya.

‘Dalam satu temu bual terakhirnya, dia memberitahu media bahawa setiap orang harus saling membantu dan menyayangi antara satu sama lain dan bukannya membenci.

”Jika kita berkongsi semua itu, keadaan akan menjadi lebih baik,” ujarnya.

Pada 2021, Andre juga menjadi individu tertua yang pulih daripada Covid-19. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast