Ku Chong Hong

KUALA LUMPUR – Bintai Kinden Corporation Berhad (Bintai Kinden), pakar perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E), mengumumkan pelantikan Ku Chong Hong kepada Pengarah Urusan daripada Pengarah Eksekutif 18 Januari 2023.

Chong Hong dilantik ke Ahli Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Eksekutif pada 24 Februari 2022.

Beliau menyertai Bintai Kinden sebagai Akauntan Kumpulan pada Jun 2019 dan kemudiannya dilantik semula sebagai Ketua Kewangan dan Akaun pada 17 September 2019 dan kemudiannya Ketua Pegawai Kewangan pada 12 Oktober 2020.

Beliau adalah ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Syarikat. Selain daripada Bintai Kinden, beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Berhad dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Malaysia Genomics Resource Berhad.

Chong Hong pernah bekerja untuk beberapa firma audit sebelum menyertai Grant Thornton Malaysia sebagai pengurus kanan audit pada tahun 2017 dan mempunyai pengalaman lebih lapan tahun sebagai juruaudit dengan pendedahan kepada audit dan jaminan serta penasihat perniagaan dalam spektrum industri yang luas seperti pembangunan hartanah, pembinaan, pembuatan, perdagangan, ternakan ayam, pertanian, akuakultur, penyedia perkhidmatan, perdagangan perisian dan hartanah.

Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia,” kata Bintai Kinden di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bintai Kinden Azri Azerai berkata, pelantikan Chong Hong mencerminkan perubahan kepada generasi muda yang menerajui operasi perniagaan. – MalaysiaGazette