Rafizi Ramli.- Foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2022.

KUALA TERENGGANU – Sudah ada perbincangan tidak rasmi antara PKR dan UMNO di peringkat negeri termasuk Terengganu berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, bagaimanapun perbincangan itu hanyalah proses suai kenal antara kepimpinan kedua-dua parti dan bukannya melibatkan sebarang keputusan atau prinsip berhubung PRN.

“(Perbincangan mengenai PRN) belum secara rasmi. Yang berlaku sekarang secara tidak rasmi. Maksudnya di peringkat negeri masing-masing. Di Terengganu pun Nik Nazmi (Nik Ahmad Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Terengganu)  sudah jumpa dengan (Datuk Seri) Ahmad Said (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu),” katanya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.

Katanya keputusan mengenai PRN termasuk pembahagian kerusi dan penggunaan logo akan terlebih dahulu dibincangkan secara rasmi oleh kepimpinan parti-parti di peringkat pusat. – Bernama

1 Komen

  1. Berpuluh tahun PKR memburuk2kan Umno sehingga akhirnya kalah teruk dalam PRU, tup..tup.. kini mahu berbincang berkenaan kerusi pilihanraya! Harap akar umbi yg bijaksana dapat menilai. Salah satu jalan penyelesaian adalah jom ramai2 behijrah dan memangkah gelombang hijau. Jom kita realisasikan!

Comments are closed.