Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari berucap pada Majlis Jelajah Prihatin @ Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 27 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Isu pemberian wang kepada pengundi menjadi faktor perang mulut antara pemimpin Pas dan UMNO.

Terbaharu Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari meminta seorang presiden parti supaya melihat diri sendiri dalam cermin sebelum mengutuk Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Sebelum Datuk Seri Presiden menyerang presiden kami dalam isu rasuah, saya sarankan Datuk Seri membeli cermin, atau gunakan cermin yang ada di kediaman rasmi,” kata Ahmad Fadhli

Walaupun tidak menyebut nama namun hantaran yang dibuat dalam media sosial itu dipercayai ditujukan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini berhadapan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Dalam kenyataan kepada media hari ini, Ahmad Zahid dilaporkan menyelar sikap ‘double standard’ Abdul Hadi yang mempertahan tindakan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Abdul Hadi berkata, mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri wang tetapi terpulang kepada orang awam mahu beri sedekah.

Ahmad Zahid menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai hipokrit.

“Kalau dia buat (dipanggil) sedekah, kalau kita (buat) dipanggil rasuah,” kata Ahmad Zahid.

Timbalan Perdana Menteri itu juga menggambarkan Abdul Hadi sebagai seorang “ulama politik” dan menggesanya agar tidak mengubah hukum sesuatu perkara.

Semalam, Abdul Hadi dilaporkan mempertahankan pemberian wang tunai yang dibuat dengan mendakwanya sebagai sedekah dan tidak melanggar peraturan pilihan raya.

Pada 3 Januari lepas, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 baru-baru ini bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang, dan Kemaman.

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lalu, atas alasan parti lawan merasuah pengundi di ketiga-tiga Parlimen itu sepanjang tempoh kempen PRU15.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, Pas menabur wang antara 15 hingga 17 November lalu iaitu dua hingga empat hari sebelum PRU15, dengan kebanyakan isi rumah menerima wang antara RM500 hingga RM1,000.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Hadi yg makan gaji buta ni mana tau halal haram…jd ahli parlimen, kaki ponteng…jadi duta ke Asia Barat..satu sen pelaburan dia tak bawa masuk..makan gaji haram musibat lebai ni

  2. Kes ni rasuah ni diperbesarkan sebab umno kalah teruk, cuba dia menang…mulut pun tutup la…umno x layak nak sembang bab rasuah!

  3. NO ANWAR NO DAPIG….IANJI JANJI…..MINYAK TURUN PTPTN HAPUS TOL HAPUS KERETA MURAH PENDIDIKAN PERCUMA …KERJASAMA DAN MENGANGKAT PEMIMPIN2 RASUAH itu dipanggil MUNAFIK MADANI

  4. Si pengundi pangkah undi adalah rahsia peribadi pengundi sehinggakan si pemberi wang sedekah kepada pengundi pun takkan tahu.

  5. ahli umno ibarat pelarian Ronghiya yg terumbang ambing di samudera, bahtera usang yg sarat dgn najis korupsi dan kemabukan setelah nakhoda kapal gagal kemudikan kapal tua itu. Barisan pemimpin saling tikam menikam dan berpuakan. Paling malang kapten kapal yg senget benget lantaran diserang virus strok korupsi itu tengah melubangkan kapal utk membuang najis² yg bertakung. Pemimpin Pas cuba hulurkan tangan atas nama bangsa dan persaudaraan Islam, tetapi presiden yg kena strok korupsi itu masih berlagak sihat dan sanggup perjudikan nasib penghuni kapalnya. Juhalak dan maling saling memanjat tiang kapal utk survival diri yg penuh lelehan air najis. Bukankah brother lepasan Abim itu dulu kata umno itu tong najis?

  6. isu sekrg rakyat brcerita mgenai perbuatan/pandangan/tingkah laku…dr seseorng yg mn adalah diberi kepercayaan selaku ketua Parti atau ketua Ajaran Islam…. adakah seluruh ahli tertnggi PAS brsetuju/tdk dgn kenyataan ketua anda.. dn rakyat juga tdk bodh pasal hal2 agama rasanya… cuma mahu tahu kalian dlm pas.. Stuju atau tak… sbb ats jwpn itu nnti.. rakyat bisa menilai sndri tnpa prlu pihak kalian sedekah/rasuah…..^_^

Comments are closed.