Datuk Zulkhairi Zainol Abidin

KUANTAN – Perkongsian kejayaan golongan orang kelainan upaya (OKU) antara program menarik dalam Karnival Memperkasa OKU pada 28 Januari ini.

Karnival berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) Pahang selama dua hari.

Pengarahnya, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, penganjuran karnival kali ketiga diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan.

Seramai 400 peserta daripada golongan OKU pembelajaran, penglihatan dan pendengaran dijangka menyertai kanival tersebut.

“Turut diadakan pameran agensi-agensi berkaitan OKU daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, PERKESO, Jabatan Pendidikan, Jabatan Belia Dan Sukan,” katanya.

Selain itu, pameran dan jualan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada golongan OKU juga diadakan.

Difahamkan Exco Pembangunan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebajikan Masyarakat Pahang, Datuk Sabariah Saidin akan merasmikannya.

Sementara itu, sesi latihan berpusat bagi atlet OKU dari 11 daerah di Pahang diadakan sempena karnival tersebut sebagai persediaan sebelum menyertai kejohanan sebenar acara trek.

Menurutnya, kesemua acara yang dipertandingkan dirujuk dan mematuhi Peraturan Olahraga IBSA Akan dipertandingkan pada 17 Februari depan.

Dua kategori umur dipertandingkan iaitu kategori bawah 19 tahun dan acara terbuka PDK berusia 15 hingga 30 tahun bagi tiga acara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast