Puvaniten

GEORGE TOWN –  Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy cermin diri sendiri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengecam parti Gerakan.

Ia susulan Ramasamy mendakwa Gerakan tidak mempunyai masa depan untuk mewakili pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Ketua Biro Perpaduan Gerakan, Puvaniten M. Helan Govan, lebih daripada satu dekad, Ramasamy memegang jawatan namun sehingga kini tiada sebarang pelan tindakan khas untuk pembangunan kaum India di Pulau Pinang dibuat.

“Apakah beliau berjaya menyelesaikan masalah kaum India di Pulau Pinang selain daripada masalah kuil.

“Ramasamy bercakap seolah jaguh yang berjaya menangani isu kaum India namun tiada sebarang insiatif perubahan pembangunan terhadap kaum itu secara keseluruhan di negeri ini termasuk isu berbangkit membabitkan kemiskinan dan peluang pekerjaan dalam kalangan belia India,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Puvaniten, pembangunan yang dikecapi oleh Pulau Pinang pada hari ini adalah hasil daripada usaha Parti Gerakan yang pernah memerintah lebih 30 tahun.

“Saya ingin bertanya apakah pembangunan drastik yang telah dibawa DAP buat Pulau Pinang?

“Jadi sekali lagi saya nasihatkan Ramasamy agar lakukan sesuatu bagi pembangunan kaum India di Pulau Pinang sebelum mengecam parti lain,” kata Puvaniten. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Gerakan berhalusinasi mahu rampas P.Pinang – Ramasamy

1 Komen

  1. Dh main suruh cermin pulak.. asyik berpolitik je hang pa semua ni.. masing2 bertaring bila dekat2 prn ni.. masing2 nk pejuang kaum masing2.. abis prn semua perjuangan ke laut. 2×5.. 5×2

Comments are closed.