pandangan
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perbezaan pandangan dengan pucuk pimpinan dan tindakan menuntut proses demokrasi dihormati bukan bermakna beliau tidak setia kepada parti.

Beliau menegaskan perkara itu melalui Instagram Story miliknya, hari ini.

“UMNO milik ahlinya semua, bukan MT (Majlis Tertinggi) sahaja,” tambahnya.

Difahamkan, UMNO sedang mempertimbangkan tindakan disiplin terhadap beberapa ahli parti termasuk Khairy yang sejak kebelakangan ini lantang mengkritik keputusan pucuk pimpinan.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini, Khairy merayu kepada para perwakilan agar tidak membiarkan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan diluluskan.

Menurut beliau, mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan naratif pemilihan jawatan presiden dan timbalan presiden akan membawa kepada perpecahan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berpandangan, perwakilan seharusnya diberi kebebasan untuk memilih pucuk pimpinan parti.

Selain itu, Khairy turut membangkitkan isu tanda nama perwakilan pada kerusi di dalam Dewan Merdeka yang ditanggalkan seperti yang didakwa menerusi rakaman video tular dalam media sosial.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka membuat keputusan esok berhubung tindakan terhadap Khairy dan beberapa ahli parti yang lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.