KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin meletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta.
Muhamad Muqharabbin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai itu berkata, surat rasmi berhubung perkara itu akan diserahkan kepada pimpinan UMNO pada minggu ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau dalam nada kecewa berkata, parti UMNO kini dipimpin individu tidak bertanggungjawab.
“UMNO kini sudah mati dengan demokrasi dan kepimpinan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) kini adalah para pemimpin yang paling penakut dalam sejarah UMNO. Saya akan serahkan surat rasmi peletakan jawatan dalam minggu ini.
“Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” dakwanya.
Dalam pada masa sama, Muhamad Muqharabbin mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya dalam UMNO kerana bersamanya dalam perjuangan parti itu sejak 2018.
“Kita tetap bersahabat selamanya dan menjaga ukhuwah sesama kita. Selamat maju jaya buat semua sahabat Ketua Ketua Pemuda UMNO seluruh negara,” ujarnya.
Malam tadi, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.
Selain itu, beberapa pemimpin turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. -MalaysiaGazette
Apa barang letak jawatan keluat teruslah. Satu sen pun tak guna untuk UMNO. Taj nembantu pun. Ulat politik PN lah tu. Ramai yang boleh ganti.
LEMBAGA DISPLIN UMNOGOK….MENIKUS UNTUK PECAT PRESIDEN ZAHID TOK MAT AHMAD MASLAN DAN SEKUTU2NYA YANG JADI MUNAFIK DALAM PAU 2021….NO ANWAR NO DAPIGS
ALLAH YANG MENGETAHUI DAN SEBAIK2 PERANCANG…..UMNO BUNGKUS PRU 15 dan menunjukkan sikap kepuraan2 mereka SEBENAR pada parti ahli dan rakyat GERAK GERI MUNAFIKUN….itulah HIKMAH sebenarnya
Hang panas pasai pa? Parti depa lantak pi la kat depa. Ngantuk tu… gi tido dulu.. sok sambung sembang bab politik ni.