Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini sudah menyertai Perikatan Nasional (PN) memohon semua yang dipecat daripada UMNO semalam supaya bersabar.

Dalam satu hantaran Facebook, beliau yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, ‘pembelaan’ akan diberikan kepada mereka.

“Sebuah parti tidak siuman sedang ghairah pecat orang. Sabar yang kena pecat, kami akan beri pembelaan. Hidup PN (Perikatan Nasional),” katanya.

Malam tadi, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Selain itu, beberapa pemimpin turut digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Untuk makluman, Shahidan sebelum ini merupakan Ketua UMNO Bahagian Arau tidak dipilih mengekalkan kerusinya bertanding atas tiket PN dalam PRU15 dan berjaya mempertahan kerusinya berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast