Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi bertanya apakah perkataan “traitor & treachery” (pengkhianat dan khianat) serta kesan buruk perbuatan itu kepada UMNO tiada dalam kamus Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Apakah itu bukan jahat (evil)?,” soal Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Beliau mengulas kenyataan Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong yang menulis “Their evil must not make us lose our good (kejahatan mereka tidak boleh membuat kita hilang kebaikan yang dimiliki)”.

Hishammuddin membuat kenyataan itu selepas UMNO menggantung keahliannya.

Walaupun tidak menyatakan sebarang nama atau mana-mana kumpulan di dalam UMNO, kenyataan Hishammuddin itu difahamkan merujuk kepada blok pemimpin parti yang berpihak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGaztte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast