Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima surat penggantungan keahlian hari ini.

Bagaimanapun Hishammuddin yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO berkata, surat tersebut tidak menyatakan sebab beliau digantung.

“Baru sahaja terima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” kata Hishammuddin ringkas.

Surat yang dikongsi di media sosial itu datang daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut Ahmad, tindakan terhadap Hishammuddin diambil di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembahaan UMNO kerana tindakan beliau melanggar Fasal 20.9.

“Pengantungan ini adalah selama tempoh enam tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” katanya.

Dalam mesyuarat MKT yang berlangsung Jumaat lalu, dua pemimpin dipecat iaitu bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. sentiasa dilihat baik di mata rakyat…Sebaliknya banyak onar dan duri….

    .jadi PERASUAH PENERIMA RASUAH CANTAS MENCANTAS GILA KUASA JAWATAN MENGEJAR PROJEK serta JADI MUNAFIKUN adalah SUCIII bagi ahli2 UMNOnGOK

Comments are closed.