Kuala Lumpur Court Complex MACC MEIO case items evidence Hasanah Abdul Hamid
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Syariah di sini hari ini menetapkan 2 Mei ini bagi prosiding lanjut kes tuntutan harta sepencarian berjumlah RM1 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail terhadap empat anak dan ibu mentuanya.

Ketika ini, kes itu masih lagi dalam peringkat perbincangan untuk dimuktamadkan.

Menurut Hakim Mahkamah Syariah, Syarie Abdul Shukor Abd. Hamid hari ini turut membenarkan permohonan peguam mewakili Kalsom untuk prosiding didengar secara tertutup.

Difahamkan ketika prosiding, Syahrie turut membenarkan prosiding secara tertutup supaya perjalanan perbincangan tidak terjejas setakat ini.

Alalyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis

Peguam syarie, Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Kalsom memohon pendengaran selanjutnya secara tertutup atau secara dalam kamar supaya tidak menjejaskan perjalanan persetujuan yang telah dicapai setakat ini.

“Saya mohon prosiding didengar dalam kamar dengan jaya tanpa jadi bahan publisiti yang akan menjejaskan perjalanan perbincangan,” hujahnya.

Manakala peguam syarie, Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili keempat-empat anak Allahyarham Jamaludin juga bersetuju agar prosiding dijalankan secara tertutup.

Pada 1 November tahun lalu, mahkamah dimaklumkan kes tuntutan harta sepencarian berjumlah RM1 bilion itu mungkin akan diselesaikan tanpa melalui perbicaraan.

Kalsom memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia, Mekah serta beberapa buah syarikat pada Oktober 2018 dengan menamakan anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa, Noor Adilla dan ibu mentuanya Aminah Abdullah sebagai defendan.

Pada 4 April 2015 Allahyarham Jamaludin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naik dari Pekan, Pahang ke ibu negara terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast