Datuk Seri Hamzah Zainudin .-Foto AFFAN FAUZI, 01 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Kesemua 74 Ahli Parlimen Perikatan Nasional sedang mengadakan pemukiman selama dua hari bermula hari ini.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, usaha tersebut bertepatan dengan komitmen parti itu untuk menjadi pembangkang yang menjuarai suara hati rakyat.

“Bermula hari ini selama dua hari, Perikatan Nasional mengadakan pemukiman ahli-ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional 2023.

“Usaha ini bertepatan dengan komitmen Perikatan Nasional untuk menjadi pembangkang yang kredibel, matang, efektif dan berintegriti tinggi.

“Bagi menjuarai suara hati rakyat serta bertindak sebagai satu pasukan ampuh dalam melaksanakan tugas check and balance kepada kerajaan.

“Selamat bertugas kepada semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional,” kata Hamzah dalam satu kenyataan.

Mesyuarat pertama bagi penggal kedua Dewan Rakyat akan berlangsung selama 29 hari bermula 13 Februari ini hingga 30 Mac.- MalaysiaGazette