KUALA LUMPUR – Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 secara langsung buat para peminat sukan bola sepak tanah air.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, siaran tersebut melibatkan beberapa saingan termasuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

“Perlawanan pertama akan disiarkan pada 24 Februari 2023 melibatkan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua siaran langsung pada waktu sebenar perlawanan ini boleh disaksikan di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast