KUALA LUMPUR – Sifar kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menurut data KKMNOW.
Ia menjadikan kes kumulatif kematian kekal 36,942.
Kes baharu yang direkodkan dalam tempoh sama pula sebanyak 251 dengan sifar kes import.
Sejak Mac 2020, kes terkumpul jangkitan Covid-19 di negara ini sebanyak 4,997,997.
Kes aktif pula sebanyak 9,790 dengan 9,374 menjalani kuarantin di rumah manakala 401 ditempatkan di hospital.
Daripada jumlah itu, 15 kes dirawat di unit rawatan rapi dengan sembilan memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette