Bekas isteri, Emilia Hanafi bersama peguam bela hadir bagi mendengar sembutan kes tuntutan harta sepencarian daripada Datuk SM Nasimuddin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 13 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas isteri ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi telah diarahkan Mahkamah Majistret di sini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan dipukul bekas suaminya.

Emilia telah diarahkan oleh Majistret Nadia Othman untuk memberikan keterangannya petang ini sekitar jam 2.30 petang ini.

Nadia turut memberi ‘amaran’ supaya tidak ada pihak yang memuat naik kenyataan menganggu perjalanan kes di mana-mana platform media hari ini.

“Mahkamah bersedia untuk dengar kes ini tanpa gangguan,” katanya sebelum menangguhkan prosiding.

Sebelum ini SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara jam 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, 22 November 2015.

Dakwaan ini juga Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, peguam mewakili SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader telah memohon supaya Emilia sebagai pengadu dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan itu bagi memastikan keadilan bagi anak guamnya.

Namun Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin berhujah tidak apa peruntukan undang-undang yang menyebut Emilia perlu dipanggil dahulu, malah kata adiknya yang juga saksi ke-6 masih belum disoal balas.

“Sepatutnya selesaikan yang itu dulu, bukan lompat pada yang lain,” ujarnya.

Prosiding bersambung sebentar lagi. – MalaysiaGazette