Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga minyak meningkat pada awal dagangan Asia hari ini selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas didorong nilai dolar yang lebih rendah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.56 atau 0.7 peratus, pada AS$83.40 setong.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS meningkat AS$0. 65 atau 0.8 peratus kepada AS$77.05 setong.

Dolar AS yang lebih lemah menjadikan minyak yang dibayar dengan menggunakan dolar AS lebih murah untuk pemegang mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast