Ayron Del Valle. Foto Facebook Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mahu memberi masa kepada penyerang import baharu, Ayron Del Valle untuk menyesuaikan diri.

Beliau percaya dia mampu menjadi pengganti kepada bekas pemain, Herlison Caion.

Caion yang kini beraksi bersama Kuala Lumpur City FC telah meraih 24 gol secara keseluruhan bersama Selangor pada musim lalu.

Cheng Hoe kini mengharapkan penyerang baharu dari Colombia ini mampu untuk menggantikan posisi tersebut bagi membantu barisan hadapan pasukan.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan Del Valle masih perlukan masa untuknya selesa dengan percaturan Selangor apabila dia hanya diuji kurang 20 minit sebelum tamat masa perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC dalam Piala Harapan pada Khamis lalu.

“Memang kita mengharapkan Ayron akan dapat menggantikan Caion dan saya juga pernah beritahu perkara itu.

“Sudah tentu kita akan beri masa kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan faham corak permainan di Selangor.

“Yang penting rakan-rakan juga perlu memberi sokongan kepada Ayron untuk dia berikan persembahan terbaik bersama rakan sepasukan lain selepas ini,” katanya.

Bercakap mengenai perlawanan menentang Kedah itu, Cheng Hoe masih belum berpuas hati dengan aspek penyudah pasukan namun barisan pemain sudah mula mengikuti perancangan beliau dengan baik sebelum akhirnya menang 6-5 menerusi sepakan penalti.

Meskipun ia hanyalah perlawanan persahabatan, namun aksi yang sengit dipamerkan dari kedua-dua pasukan membantu beliau untuk menilai dengan lebih dekat prestasi anak buah secara keseluruhan.

“Saya lihat banyak yang positif daripada apa yang telah dilakukan dan setiap pemain memberikan yang terbaik.

“Secara keseluruhan baik dari penjaga gol, pertahanan, pemain tengah dan serangan, mereka berjaya mencipta beberapa peluang tetapi perlu perbaiki lebih banyak dari aspek penyudah”, tambahnya.

Selangor FC muncul naob johan Piala Haparan 2023 apabila tewas -12 kepada Penang FC malam tadi. – MalaysiaGazette