KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan kesedian menjadi penceramah bebas untuk Pas atau Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menerusi hantaran di Facebook, Noh berkata, beliau yang kini sedang ‘berehat’, terbuka menerima jemputan mana-mana parti termasuk UMNO sebagai penceramah bebas.
“Sekarang saya tengah berehat, tetapi yang pasti saya jadi penceramah bebas.
“Bersatu nak jemput saya bagi ceramah masa PRN nanti, saya akan bagi ceramah. Kalau Pas nak jemput pun saya akan datang. Kalau UMNO sudi nak jemput, jemputlah..tiada masalah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu sebelum ini, beberapa pimpinan UMNO termasuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat daripada parti kerana didakwa melakukan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO serta kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Selain Noh, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut memecat Khairy Jamaluddin yang merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemecatan itu dibuat kerana pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan Umno serta kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Selain itu, empat pemimpin lain iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun. – MalaysiaGazette
Dh bukan ahli mn2 parti .. lantak hang la.. Jgn edar tin melo udah la