KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) belum memutuskan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, perkara itu masih di peringkat perbincangan setakat ini.
“Belum lagi (capai keputusan) namun saya percaya perbincangan itu diteruskan di kalangan parti-parti di peringkat Kerajaan Perpaduan. Insya-Allah saya percaya proses (perbincangan) berjalan dengan baik dan akan dirunding.
“Bila tiba masa nanti akan diumumkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.
Fahmi berkata demikian selepas ditanya perkembangan terkini berkaitan pembahagian kerusi antara PH dan BN untuk menghadapi PRN akan datang.
PRN tahun ini membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, peluang UMNO pada PRN Selangor akan datang dilihat mungkin lebih cerah dengan ketiadaan dua bekas pemimpin parti itu iaitu Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau memberikan respon itu apabila Noh dan Khairy meramalkan peluang UMNO untuk memenangi kerusi adalah tipis berikutan “gelombang hijau” Perikatan Nasional (PN).
“Mungkin bila mereka tiada dalam parti itu, mungkin peluang bagi parti itu lebih cerah,” ujarnya. – MalaysiaGazette
PKR perlu serahkan semua kepada UMNO menjadi calon di KELANTAN TERENGGANU dan KEDAH.
PH ambil semua pertandingan di PULAU PINANG SELANGOR dan NEGERI SEMBILAN.
Untuk seperti adil…
PH tanding;
2 di KELANTAN
3 di TERENGGANU
4 di KEDAH
lain kerusi serah untuk UMNO
Untuk dilihat kerjasama yang ampuh..
bagilah kerusi untuk UMNO bertanding di negeri ;
5 PULAU PINANG
4 SELANGOR
3 NEGERI SEMBILAN
lain-lain kerusi PH bertanding.
disini “terbayang nyata fakta” UMNO mengungguli bilangan kerusi DUN apalagi diambil kira yang UMNO menang di Johor dan Melaka.
pembahagian yang mudah dan setara.