Keadaan banjir di Sri Damai, Kuantan. foto Pahang Media

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 5,021 orang membabitkan 1,489 keluarga pagi ini di dua daerah iaitu Pekan dan Kuantan.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 8.30 pagi ini, sejumlah 28 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir telah dibuka di dua daerah tersebut.

Di Kuantan, seramai 266 mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Seri Mahkota, PPS Dewan Orang Ramai Seri Damai (150), PPS Dewan Dato Manan (406), PPS Wisma Belia (355) dan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pandan (224).

di PPS SK Fakeh Abdul Samad (1, 430), PPS Dewan Taman Tas (298), PPS Dewan Wawasan JPS Kemunting (151), PPS Sekolah Kebangsaan Pandan (379), PPS Balairaya Kampung Pahang (30) dan PPS SK Kempadang (132).

Selain itu, seramai 394 lagi mangsa banjir ditempatkan di PPS Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), PPS SAR KAFA Jaya Gading (217), PPS Dewan Melti Penjara Penor (62), PS Dewan Serbaguna Jaya Gading (189),  PPS Sekolah Kebangsaan Wira (197), PPS Balairaya Kampung Sungai Soi (8).

Manakala 247 di PPS SK Kampung Belukar, PPS Sekolah Kebangsaan Pelindung (52), PPS Sekolah Kebangsaan Batu 3 (135), PPS Seolah Kebangsaan Bunut Rendang (133),  PPS Sekolah Kebangsaan Mat Kilau (100),  PPS Dewan Mat Kilau (106) dan 247 PPS SAR KAFA Ubudiah Al Jariah Tamn Guru.

Terdapat empat PPS dibuka di Pekan, iaitu PPS SK Seri Maulana yang menempatkan 18 mangsa, PPS SMK Peramu Jaya yang menempatkan 70 mangsa, PPS SK Tanah Putih yang menemptkan 15 mangsa dan PPS SK Seri Terentang yang menempatkan 10 mangsa banjir.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JBPN) Pahang memaklumkan paras air di enam sungai utama di tujuh daerah di negeri ini melepasi paras amaran dan terus merekodkan trend menaik.

Di Lipis membabitkan Sungai Tanum di Jam Chegar Perah, manakala di Jerantut melibatkan Sungai Tembeling di Kampung Merting dan Sungai Pahang di Sungai Yap.

Paras air di Sungai Pahang di Paloh inai, Pekan juga terus mencatatkan trend menaik menghampiri paras bahaya, begitu juga Sungai Lepar di Jambatan Gelugor dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi di daerah Kuantan.-MalaysiaGazette