Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu diiringi Pengerusi Asiawalit, Datuk Chua Huai Gen (kanan) melihat antara sarang burung Walet ketika mengadakan lawatan ke Loji Pemprosesan Sarang Burung Walet di Asiawalit Resources Sdn Bhd, Puchong, Selangor.Foto HAZROL ZAINAL, 07 FEBRUARI 2023.

PUCHONG – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu enggan mengulas berhubung kenyataan bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin hendak menyertai parti itu.

Ketika ditanya pemberita petang ini, beliau menjawab ringkas, hal politik kena jawab pada sidang media lain.

Pada Isnin lalu, Zahidi yang dipecat daripada UMNO selepas bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu mengesahkan penyertaannya dalam Amanah.

Malah beliau mahu menarik lebih 2,000 penyokongnya menyertai parti yang diketuai oleh Mohamad itu.

Zahidi berkata, penyertaannya dalam Amanah selepas bertemu dan berbincang dengan lebih 150 penyokongnya dalam satu pertemuan di Perlis. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Zahidi sahkan mahu sertai Amanah