Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Keadaan semasa yang berlaku menuntut semua parti politik dalam kerajaan perpaduan berjiwa besar serta mengenepikan perbezaan meskipun pernah berseteru sebelum ini, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Jika mahu bicara soal pertembungan, perseteruan atau pertikaian sebelum ini, ia rahsia umum yang semua orang tahu.

“Namun keadaan semasa negara menuntut untuk kita semua berjiwa besar, ketepikan perbezaan yang merenggangkan dan cari titik persefahaman yang boleh kita garap untuk sama-sama bawa Malaysia ke hadapan.

“Perkukuhkan kerjasama, bulatkan tekad, rangkul segala kekuatan dan berjalan sederap membawa Malaysia kembali ke mercu yang boleh dibanggakan.

“Usaha ini demi rakyat, #DemiPertiwi, menuju sebuah #MalaysiaMADANI, InsyaAllah,” kata Setiausaha Agung PKR menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kehadiran pimpinan Pakatan Harapan (PH) ke ibu pejabat UMNO, malam tadi.

Malam tadi, Anwar kembali menjejakkan kaki di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur selepas dipecat UMNO 25 tahun lalu.

Beliau yang juga Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang turut dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin utama PH yang hadir termasuk dari PKR, Amanah dan DAP, selain Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS). – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. KERAJAAN GOLONGAN MUNAFIKUN ZAHID ANWAR….air kencing dan muntah pun jadi NIKMAT dijilat semula…hubungan LUAR TABIE

Comments are closed.