puad terengganu dalang meroyan fatwa haram
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, individu yang digantung dan dipecat oleh parti kini semakin meroyan kerana mereka mahu ‘memasarkan’ diri sendiri.

Malah menurut beliau, mereka yang mahu dirinya dipecat lagi kuat meroyan.

“Kenapa? Supaya nilai pasaran diri mereka lagi mahal. Lobi tawaran terbaik.

“Ada yang dapat tawaran calon pilihan raya negeri (PRN), bakal menteri besar, DJ (juruhebah)dan penasihat. Mereka puas kalau parti asalnya porak-poranda,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Pada 27 Januari lalu, MKT UMNO memutuskan untuk memecat seramai 42 ahlinya melibatkan lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli parti dari Pahang.

Antara yang dipecat ialah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang digantung selama enam tahun termasuk Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Salim Shariff. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Pakcik Puad ni kenapa gabra kencang sangat?
    Sakit apa, makanlah ubat ikut peraturan dan banyak berehat serta buat Amal ibadat supaya dapat ketenangan hati dan minda yang sihat.
    ni antara idea dia berfikir ..
    Kenapa? Supaya nilai pasaran diri mereka lagi mahal. Lobi tawaran terbaik.

    “Ada yang dapat tawaran calon pilihan raya negeri (PRN), bakal menteri besar, DJ (juruhebah)dan penasihat. Mereka puas kalau parti asalnya porak-poranda,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
    Apa yang Pakcik Puad fikir lagi tentang mereka, biarlah apa dorang nak buat!!!
    Idea Pakcik Puad ni seperti “KEMPEN MERENDAHKAN PRESIDENT UMNO” serta menterjemahkan kerisauan dan tindakan MKT adalah amat tidak CERDIK. Jangan gitu Pakcik Puad

  2. Siapa yang porak peranda kan UMNO? Bukan ke ini semua kerja Presiden dan MKT. Tidak pernah dalam sejarah UMNO, ramai2 pemimpin UMNO yang kena pecat dan gantung. Zaman TUN M bergaduh dengan Ku Li pun tidak pecat beramai-ramai. Masa Tun M pecat Anwar dan Najib pecat Muhyidin pun sama, tiada pecat beramai. Langit tidak sentiasa cerah untuk MKT, takut lepas ini kena ludah dari ahli UMNO yang di bawah.

  3. KERAJAAN GOLONGAN MUNAFIKUN ZAHID ANWAR….air kencing dan muntah pun jadi NIKMAT dijilat semula…hubungan LUAR TABIE……

    YANG KUAT MEROYAN ZAHID MUNAFIK dan SEKUTU2NYA…duduk bawah kelengkang ANWAR untuk merasa nikmat jawatan dan kuasa….dulu kutuk pintu belakang dan gagal gagal…SEKARANG terpalit pada tubuh batang sendiri apa yang dikutuk

Comments are closed.