repatriation mission malaysians New Delhi Mumbai India Covid-19
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Warga Malaysia yang kini berada di Turkiye, Syria dan di negara-negara berdekatan dinasihatkan agar terus mengambil langkah berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

Kementerian Luar Negeri berkata, sekiranya memerlukan bantuan segera, warga Malaysia di negara-negara ini dinasihati untuk segera berhubung dengan Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Ankara, Beirut atau Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul atau Konsul Kehormat Malaysia di Damsyik.

Kerajaan sudah mengenal pasti dan berusaha membawa keluar seramai 13 rakyat Malaysia yang masih terperangkap di kawasan zon gempa bumi di selatan Turkiye.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan mencari kaedah itu menerusi perbincangan bersama Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul sebelum membawa mereka pulang ke tanah air.

”Kita dimaklumkan ada 13 rakyat Malaysia (11 lelaki dan dua wanita) yang terperangkap dalam zon gempa bumi tapi keadaan mereka alhamdulilah, sihat dan selamat.

”Cuma seperti yang saya katakan tadi, perhubungan agak sukar kerana perkhidmatan telekomunikasi terputus namun misi membawa mereka keluar ini masih diuruskan pihak kedutaan kita,” katanya selepas melancarkan pelepasan Misi Bantuan Kecemasan Gempa Gaziantep Turkiye dan Syria oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi. – MalaysiaGAzette

Kerajaan cari jalan bawa pulang 13 rakyat Malaysia di Turkiye