KUALA LUMPUR – Pas mengecam tindakan penggantungan terhadap pemain hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn.

Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan hukuman itu keterlaluan berbanding dengan kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Hanis Nadiah.

Tambahan pula pemain hoki terbabit telah memohon maaf secara terbuka berhubung ciapan yang dibuat di Twitter dan bertindak memadam komen tersebut.

“Jawatankuasa Siasatan sendiri mengakui bahawa Hanis memiliki perwatakan merendah diri serta berdisiplin tinggi sepanjang latihan dan kejohanan.

“Bahkan jurulatihnya sendiri menyatakan bahawa beliau memiliki ramai rakan-rakan hoki di kalangan bangsa India dan mereka bergaul rapat tanpa masalah ekoran sifatnya yang mudah mesra dengan rakan sepasukan.

“Ini bermaksud apa yang ditulis langsung tidak mempunyai niat untuk membangkitkan elemen perkauman dan rasis seperti yang didakwa oleh sebahagian netizen,” kata Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Belia dan Sukan Perikatan Nasional tersebut.

Ahmad Fadhli turut menyatakan kebimbangan terhadap kerjaya Hanis pada masa depan.

Selain itu hukuman yang dikenakan terhadap beliu menjejaskan peluang skuad negara untuk meraih pingat di dalam Sukan Sea Cambodia 2023.

“Saya menggesa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan dalam isu ini dan penggantungan Hanis wajib ditarik balik.

“Saya yakin YB Menteri akan bertindak bijaksana di dalam menangani isu ini,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu,

Media melaporkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) diminta tidak mempertimbangkan Hanis Nadiah daripada mewakili pasukan hoki kebangsaan dalam mana-mana kejohanan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.

Hanis Nadiah dikenakan tindakan berkenaan oleh Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) yang bermesyuarat bersama KHM pada Selasa lalu selepas membuat ciapan berbaur perkauman berhubung satu konsert di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hasil daripada siasatan dan penjelasan yang membabitkan Hanis dan jurulatih pasukan kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, pihak jawatankuasa dan KHM merumuskan pemain berkenaan didapati bersalah atas ciapan dilakukannya itu.

Pemain hoki itu sebelum ini mengakui memuatnaik ciapan komen ‘bau best la kat dalam tu’ berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert yang dimuatnaik sebuah portal.

Beliau menegaskan tidak mempunyai sebarang sentimen perkauman ketika memuatnaik ciapan yang sekadar jenaka dan merujuk kepada keadaan stadium dipenuhi puluhan ribu penonton. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sayang sekali seorang anak muda yang punyai potensi cerah untuk pergi lebih jauh digantung hanya disebabkan kesalahan kecil.

    Kadang2 bila kita naik LRT sekalipun pun akan ada macam2 bau, bau kari, bau bawang, bau longkang malah bau hanyir pun ada! Itu biasa la dalam masyarakat negara panas lembab tropika.

  2. Very proud Malaysia took this action. it is NOT a small offense. Clearly when it comes to other races, it’s convenient to say, ahh..that’s such a small thing. but if this was a racial slur made about your race..no need to say anything also..say Babi enough….PAS will go ballistic.

    keep up the good work Malaysia

Comments are closed.