shaiful hazizy zainol abidin Mou REE sindiket
Shaiful Hazizy Zainol Abidin

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy perlu bersikap adil, bertanggungjawab dan menghormati konsep kerjasama politik demi memelihara status solidariti Kerajaan Perpaduan yang terbina.

Malah, beliau sewajarnya menggunakan hak kebebasan memberikan cadangan kepada pemimpin negara secara rasional bagi memanfaatkan masyarakat dan menjaga keharmonian masyarakat majmuk.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Ramasamy sepatutnya menjadikan kelebihan Kerajaan Perpaduan untuk menyuarakan pandangan yang lebih baik bagi memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat, bukan memecah-belahkan.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan peribadi Ramasamy yang menuduh dominasi Mekayu dalam perkhidmatan awam baru-baru ini.

Shaiful berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan hanya berteraskan persepsi beliau semata-mara.

“Adalah sangat malang bagi DAP jika beliau mengeluarkan kenyataan tidak rasional itu sedangkan masih banyak lagi ruang untuk beliau menyuaarakan cadangan berdasarkan sikap kepimpinan negara kini yang lebih terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menyeru Ramasamy berlapang dada dan kelebihan Kerajaan Perpaduan untuk membina Malaysia Madani yang lebih dinamik. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast