KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing dijual pada harga RM3.35, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Februari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada harga tersebut sungguhpun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast